Skip to content

Cart

Your cart is empty

v.20260831 · Issued 3 September 2026

Personal Data Protection Notice

1. Who we are · Siapa kami

English

Minarch Sdn Bhd (Company No. 1463922-K) of Lot 43936, 4½ Mile, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur is the data controller responsible for your personal data.

This notice explains what personal data we collect, why, who we share it with and your rights, and applies when you buy from us, visit our showroom, contact us or use our website.

Bahasa Malaysia

Minarch Sdn Bhd (No. Syarikat 1463922-K), beralamat di Lot 43936, Batu 4½, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur, adalah pengawal data yang bertanggungjawab ke atas data peribadi anda.

Notis ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul, sebabnya, pihak yang kami kongsikan data tersebut, dan hak anda. Ia terpakai apabila anda membeli daripada kami, melawat bilik pameran, menghubungi kami atau menggunakan laman web kami.

2. What we collect · Apa yang kami kumpul

English

  • Identity and contact details — name, telephone number, email address, billing address and delivery address.
  • Identification — NRIC or passport number, where recorded on a Sales Order or Terms of Purchase.
  • Order and payment information — products ordered, prices, deposits and balances, payment method, and bank or card details processed at the point of sale.
  • Delivery and site information — the floor your home is on, lift dimensions, staircase access, building management requirements, and photographs of the delivery route or of any damage reported.
  • Communications — email, WhatsApp and other messages between you and our staff, and notes of showroom conversations.
  • CCTV footage — images recorded at our showroom, where cash and card payments are processed.
  • Website information — pages viewed, items added to cart, device and browser information, and cookies.

Bahasa Malaysia

  • Butiran identiti dan perhubungan — nama, nombor telefon, alamat e-mel, alamat pengebilan dan alamat penghantaran.
  • Pengenalan diri — nombor kad pengenalan atau pasport, sekiranya direkodkan dalam Pesanan Jualan atau Terma Pembelian.
  • Maklumat pesanan dan pembayaran — produk yang dipesan, harga, deposit dan baki, kaedah pembayaran, serta butiran bank atau kad yang diproses di tempat jualan.
  • Maklumat penghantaran dan tapak — tingkat kediaman anda, ukuran lif, akses tangga, keperluan pihak pengurusan bangunan, dan gambar laluan penghantaran atau sebarang kerosakan yang dilaporkan.
  • Komunikasi — e-mel, WhatsApp dan mesej lain antara anda dan kakitangan kami, serta catatan perbualan di bilik pameran.
  • Rakaman CCTV — imej yang dirakam di bilik pameran kami, di mana pembayaran tunai dan kad diproses.
  • Maklumat laman web — halaman yang dilayari, item yang dimasukkan ke troli, maklumat peranti dan pelayar, serta kuki.

3. Why we collect it · Sebab kami mengumpulnya

English

  • To process and fulfil your order, and to issue your Sales Order, invoice and receipt.
  • To manufacture made-to-order products to your specification.
  • To plan and carry out delivery, including assessing access to your premises.
  • To administer storage where you defer delivery.
  • To process payment and carry out payment verification checks.
  • To issue e-Invoices and submit them to the Inland Revenue Board, which requires your identification number.
  • To provide after-sales service and assess warranty claims.
  • To respond to your enquiries and complaints.
  • To keep accounting and tax records as required by law.
  • For the security of our showroom, staff and stock.
  • To send you marketing about our products, where you have agreed to receive it. You may withdraw that agreement at any time.

Providing data for the first nine purposes is obligatory — without it we cannot fulfil your order. Marketing is optional and refusing it does not affect your purchase.

Bahasa Malaysia

  • Untuk memproses dan melaksanakan pesanan anda, serta mengeluarkan Pesanan Jualan, invois dan resit.
  • Untuk menghasilkan produk tempahan khas mengikut spesifikasi anda.
  • Untuk merancang dan melaksanakan penghantaran, termasuk menilai akses ke premis anda.
  • Untuk mengurus penyimpanan sekiranya anda menangguhkan penghantaran.
  • Untuk memproses pembayaran dan menjalankan pemeriksaan pengesahan pembayaran.
  • Untuk mengeluarkan e-Invois dan menghantarnya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang memerlukan nombor pengenalan anda.
  • Untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan dan menilai tuntutan waranti.
  • Untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda.
  • Untuk menyimpan rekod perakaunan dan cukai sebagaimana dikehendaki undang-undang.
  • Untuk keselamatan bilik pameran, kakitangan dan stok kami.
  • Untuk menghantar bahan pemasaran mengenai produk kami, sekiranya anda bersetuju menerimanya. Anda boleh menarik balik persetujuan pada bila-bila masa.

Pemberian data bagi sembilan tujuan pertama adalah wajib — tanpanya kami tidak dapat melaksanakan pesanan anda. Pemasaran adalah pilihan dan penolakannya tidak menjejaskan pembelian anda.

4. Who we share it with · Pihak yang kami kongsikan data

English

We disclose your personal data only where necessary for the purposes above, to:

  • manufacturers and suppliers, to produce your order;
  • delivery contractors, installers and freight forwarders;
  • payment processors, banks and card networks;
  • our website, e-commerce and IT service providers;
  • our professional advisers, including accountants and lawyers;
  • regulators, courts and government authorities, where the law requires it.

Transfers outside Malaysia. Some of our manufacturers and service providers are located outside Malaysia, and our website and customer records are hosted on servers that may be outside Malaysia. Where we transfer your personal data abroad we take reasonable steps to ensure it is given a comparable level of protection.

We do not sell your personal data.

Bahasa Malaysia

Kami mendedahkan data peribadi anda hanya apabila perlu bagi tujuan di atas, kepada:

  • pengilang dan pembekal, untuk menghasilkan pesanan anda;
  • kontraktor penghantaran, pemasang dan penghantar barang;
  • pemproses pembayaran, bank dan rangkaian kad;
  • penyedia perkhidmatan laman web, e-dagang dan IT kami;
  • penasihat profesional kami, termasuk akauntan dan peguam;
  • pihak berkuasa kawal selia, mahkamah dan kerajaan, apabila dikehendaki undang-undang.

Pemindahan ke luar Malaysia. Sebahagian pengilang dan penyedia perkhidmatan kami berada di luar Malaysia, dan laman web serta rekod pelanggan kami dihoskan pada pelayan yang mungkin berada di luar Malaysia. Apabila kami memindahkan data peribadi anda ke luar negara, kami mengambil langkah munasabah bagi memastikan data tersebut diberi tahap perlindungan yang setara.

Kami tidak menjual data peribadi anda.

5. Where we get it · Sumber data

English

Most of your personal data comes directly from you, in our showroom or by telephone, WhatsApp, email or our website. We may also receive it from an interior designer, architect, contractor or family member ordering on your behalf, and from payment processors confirming a transaction.

Bahasa Malaysia

Sebahagian besar data peribadi anda diperoleh terus daripada anda, di bilik pameran atau melalui telefon, WhatsApp, e-mel atau laman web kami. Kami juga mungkin menerimanya daripada pereka dalaman, arkitek, kontraktor atau ahli keluarga yang membuat pesanan bagi pihak anda, dan daripada pemproses pembayaran.

6. How long we keep it · Tempoh penyimpanan

English

Order records are kept for seven years after completion to meet accounting and tax requirements, and warranty records for the applicable warranty period plus two years so we can assess claims. CCTV footage is kept for thirty days unless needed for an investigation, and marketing contact details until you withdraw consent.

Bahasa Malaysia

Rekod pesanan disimpan selama tujuh tahun selepas pesanan selesai bagi memenuhi keperluan perakaunan dan cukai, dan rekod waranti sepanjang tempoh waranti berkenaan serta dua tahun tambahan bagi menilai tuntutan. Rakaman CCTV disimpan tiga puluh hari kecuali diperlukan untuk siasatan, dan butiran pemasaran sehingga anda menarik balik keizinan.

7. Your rights · Hak anda

English

Under the Personal Data Protection Act 2010 you have the right to:

  • ask for a copy of the personal data we hold about you;
  • ask us to correct data that is inaccurate, incomplete or out of date;
  • withdraw your consent to our processing, including marketing;
  • ask us to limit how we process your data;
  • ask us to transmit your data to another data controller, where technically feasible;
  • complain to us, or to the Personal Data Protection Commissioner.

We will respond within the period the law requires, may charge a prescribed fee for a copy and may ask you to confirm your identity first. Withdrawing consent for processing needed to fulfil your order may mean we can no longer complete it.

Bahasa Malaysia

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda berhak untuk:

  • meminta salinan data peribadi yang kami simpan tentang anda;
  • meminta kami membetulkan data yang tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk;
  • menarik balik keizinan terhadap pemprosesan kami, termasuk pemasaran;
  • meminta kami mengehadkan cara kami memproses data anda;
  • meminta kami memindahkan data anda kepada pengawal data lain, sekiranya boleh dilaksanakan dari segi teknikal;
  • membuat aduan kepada kami, atau kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

Kami akan menjawab dalam tempoh yang dikehendaki undang-undang, mungkin mengenakan fi yang ditetapkan bagi salinan data, dan mungkin meminta anda mengesahkan identiti terlebih dahulu. Menarik balik keizinan bagi pemprosesan yang perlu untuk pesanan anda bermakna kami mungkin tidak dapat menyempurnakannya.

8. Keeping your data safe · Keselamatan data anda

English

We take practical steps to protect your personal data against loss, misuse and unauthorised access, and require our service providers to do the same. If a breach likely to cause you significant harm occurs, we will notify the Personal Data Protection Commissioner within 72 hours of becoming aware of it and notify you without unnecessary delay, as the law requires.

Bahasa Malaysia

Kami mengambil langkah praktikal untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan dan capaian tanpa kebenaran, dan menghendaki penyedia perkhidmatan kami berbuat sama. Sekiranya berlaku pelanggaran yang berkemungkinan memudaratkan anda, kami akan memberitahu Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dalam tempoh 72 jam dan memberitahu anda tanpa kelewatan yang tidak wajar, sebagaimana dikehendaki undang-undang.

9. Changes and contact · Perubahan dan hubungan

English

We may update this notice from time to time; the current version is published on our website and available at our showroom. If the English and Bahasa Malaysia versions differ, the English version prevails.

Contact us about your data

Minarch Sdn Bhd

Lot 43936, 4½ Mile, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur

support@minarch.my · +60 12 598 6139

Bahasa Malaysia

Kami mungkin mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa; versi terkini diterbitkan di laman web kami dan boleh didapati di bilik pameran. Sekiranya versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia berbeza, versi Bahasa Inggeris diguna pakai.

Hubungi kami mengenai data anda

Minarch Sdn Bhd

Lot 43936, Batu 4½, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur

support@minarch.my · +60 12 598 6139

WhatsApp us